Welcome!

Contoh Karangan UPSR: "SEBUAH RUMAH SEBUAH KOMPUTER", by Nabila Balqis Binti Abdullah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nabila Balqis Binti Abdullah
Title:"SEBUAH RUMAH SEBUAH KOMPUTER"
2014-04-30 03:49
         Komputer bukanlah suatu yang asing kepada masyarakat hari ini.Komputer bolehlah dianggap sebagai suatu keperluan yang banyak membantu    memudahkan kerja-kerja manusia.  
 
            Komputer berperanan sebagai pemupuk masyarakat yang berilmu. Sebagai contoh banyak perisian komputer yang berkonsepkan ilmu pengetahuan ada dijual di pasaran. Oleh itu, proses pembelajaran dapat dilakukan dari rumah. Kerja-kerja akan menjadi semakin mudah.  
 
         Data-data dan maklumat penting dapat disimpan dalam kuantiti yang banyak dalam sebuah komputer. Oleh itu, masalah fail-fail yang bersepah tidak akan timbul lagi. Hal ini dapat memudahkan proses pencarian dan menjimatkan ruang.  
 
            Dengan adanya komputer juga, kita dapat berkomunikasi dengan seluruh dunia. Mesej dan surat dapat dihantar dalam masa yang singkat dan kosnya lebih murah.  
 
            Oleh itu, kempen " Sebuah Rumah Sebuah Komputer " adalah bagus. Semoga hasrat kerajaan untuk melahirkan isan yang berguna akan tercapai.
 

aina, (2014-04-30 15:34)
ni kalau buat pertandingan mesti menang punya ni
 
Submit a comment:

Name