Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebakaran, by Thivya A/P Srithar
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Thivya A/P Srithar
Title:kebakaran
2014-04-23 02:14
Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Di luar rumah, aku melihat asap berkepul-kepul di udara. Rupa-rupanya rumah Pak Abu telah terbakar.  
 
Aku segera pergi memberitahu ibu dan bapaku. Tanpa berlengah, bapaku terus pergi meminta pertolongan penduduk kampung. Manakala, aku pula segera menelefon pihak bomba. Ramai penduduk kampung yang datang membantu. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut namun api terus marak. Kira-kira 20 minit kemudian, barulah bomba sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali.  
 
Menurut pihak bomba, kebakaran itu berpunca daripada kebocoran dapur gas. Ini kerana, kebakaran tersebut bermula dari dapur dan didapati tong gas di situ telah meletup. Aku bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarkan lebih daripada RM300,000.  
 
Selepas api berjaya dipadamkan, Pak Abu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang datang menolong memadamkan kebakaran rumahnya. Memandangkan Pak Abu adalah jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu.  
 
Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya. Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.  

 

karmila, (2014-04-23 20:31)
such a nice karangan  

 
Alvin, (2014-04-23 17:11)
Karangan anda sangat bagus dan amat seronok untuk dibaca.  

 
Submit a comment:

Name