Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peristiwa Sedih Dalam Hidup Saya (2), by MrPeace
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan MrPeace
Title:Peristiwa Sedih Dalam Hidup Saya (2)
2014-04-23 00:43
         Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.  
                        Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”  
                        Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.  
                        Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang    kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.  
                        Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.  
                        Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.  

 

Submit a comment:

Name