Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Sukan Sekolah, by nurul nabila
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah nurul nabila
Title:Laporan Hari Sukan Sekolah
2014-04-22 19:14
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3  
 
                         Pada 23 Januari 2010,Sekolah    Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan sukan tahunan sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.  
              
Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik kehormatan oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Kemudian Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.                  
                  
Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.  
                  
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah    Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.  
                  
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.  
              
Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.  
 
 
Disediakan oleh,                                                                                                                        28 JANUARI 2010  
 
…………………………  
(NURUL NABILA BT YAAKOB)  
Setiausaha sukan,  
Sekolah Kebangsaan Besout 3.
 

Cheong , (2016-08-31 17:48)
Very good
 
, (2016-08-31 17:48)
I like this essay
 
Submit a comment:

Name