Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, by Sharifah Masyithah bt. Wan Muhamad Nasir
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Sharifah Masyithah bt. Wan Muhamad Nasir
Title:sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
2014-04-21 22:18
Cuti persekolahan kami sambut dengan riang.Bebanan fikiran terasa hilang.Saya dapat melupakan seketika hal yang berkaitan    dengan sekolah.  
         Pada hari Sabtu,sesudah hujan teduh,hati saya mulai gelisah/Duduk di rumah terasa begitu membosanakan.Saya menjenguk ke luar dan ternampak Hakim menganguk tanda memahami isyarat saya.  
         "Kamu macam ayam berak kapur saja/Cubalah isi masa dengan membaca buku ataupun majalah.Asyik fikir hendak main saja,"luah emak yang menyedari kesalahan saya.  
         Jika saya keluar melaliu pintu depan,tentu emak perasan lalu menegah.Setelah siap berpakaian,saya keluar melalui pintu belakang.Saya berlari seperti lipas kudung.  
         "Eh,Hakim!Hendak ke mana tu?Ingat,jangan mandi di sungai,air sungai deras!"  
            Suara emak hanya sayup kedengaran di telinga saya sahaja.Saya terus berlari menuju ke tebing sungai.Di sana,selain Hskim,Raju dan Ah Meng telah menunggu.  
         Tanpa menghiraukan air yang deras,kami terus terjun    ke dalam sungai.Sedang kami asyik bermain,tiba-tiba kami terdengar suara jeritan.Ya Allah,Hakim dibawa arus!Kami berusaha menyelamatkan Hakim,etapi gagal  
         Saya berasa kesal kerana tidak mendengar nasihat emak.Kini,Hakim telah tiada dan tidak akan kembali lagi.Benarlah kata orang,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.  
            
 

Submit a comment:

Name