|
Name: | Muhammad Syazreel Bin Shafiee | Title: | Memohon Untuk Meminjam Khemah
2014-04-21 18:24 | Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa
36000 Teluk intan
Perak
_________________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz
36000 Teluk Intan
Perak 20 April 2014
Tuan,
Memohon Untuk Meminjam Khemah
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah ini akan mengadakan perkhemahan di Teluk Batik selama tiga hari iaitu dari 23 April 2014 sehingga 25 April 2014.
2. Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemah daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat diteruskan.
3. Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian daripada tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat sekolah kami.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Muhammad Syazreel
(Muhammad Syazreel Bin Shafiee)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa,
Teluk Intan
Perak | | |
|
|