Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Memohon Untuk Meminjam Khemah, by Muhammad Syazreel Bin Shafiee
Contoh Karangan UPSR
Name:Muhammad Syazreel Bin Shafiee
Title:Memohon Untuk Meminjam Khemah
2014-04-21 18:23
Setiausaha,  
Persatuan Pengakap,  
Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa  
36000 Teluk intan  
Perak  
_________________________________________________________________________________  
 
Guru Besar,  
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz  
36000 Teluk Intan  
Perak                                                                                                                                                                                                                                                                                                 20 April 2014  
 
 
Tuan,  
 
Memohon Untuk Meminjam Khemah  
 
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah ini akan mengadakan perkhemahan di Teluk Batik selama tiga hari iaitu dari 23 April 2014 sehingga 25 April 2014.  
 
2.         Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemah daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat diteruskan.  
 
3.         Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian daripada tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat sekolah kami.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
Saya yang menurut perintah,  
 
Muhammad Syazreel  
(Muhammad Syazreel Bin Shafiee)  
Setiausaha,  
Persatuan Pengakap,  
Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa,  
Teluk Intan  
Perak
 

tata, (2014-06-15 17:48)
fgdhkaLDGbvyloeaidvhjkdflsa
 
afiq izzat, (2014-05-05 15:14)
gawah
 
, (2014-05-05 15:13)
gawah
 
Submit a comment:

Name