|
Name: | Nur Iwanie Nadhirah binti Bahrin | Title: | Masalah Pencemaran Sungai
2014-04-19 20:32 | Wartawan :Selamat sejahtera.Saya terdengar penduduk kampung ini mempunyai masalah
Wakil penduduk:Ya,selamat sejahtera.Kami menghadapi masalah berkaitan pencemaran sungai di kampung kami.
Wartawan :Apakah punca masalah pencemaran sungai tersebut?
Wakil penduduk :Puncanya kerana di hujung kampung ini terdapat sebuah kilang yang tidak berpermit beroperasi selama tiga bulan.Kilang itu membuang sisa toksik ke dalam sungai.
Wartawan :Jadi,apakah kesan pembuangan sisa toksik itu hingga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk kampung ini.
Wakil penduduk:Akibatnya air sungai tercemar,ikan-ikan mati dan bau sungai juga kurang menyenangkan.
Wartawan :Sejak bilakah masalah ini benar-benar serius?
Wakil penduduk:Rasanya baru beberapa bulan yang lepas.
Wartawan :Oh,begitu!Apakah tindakan yang telah diambil oleh ketua atau penduduk di kampung ini?
Wakil penduduk:Kami telah menghantar wakil berjumpa pihak pengurusan kilang tetapi tidak berkesan.
Wartawan :Seterusnya apakah langkah yang akan diambil oleh penduduk sekarang?
Wakil penduduk:Kami telah menghantar surat kepada pejabat daerah dan berharap tindakan wajar dapat di ambil.
Wartawan :Kalau begitu,baguslah saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat. | | , (2014-04-20 14:01) Karangan kamu tidak teratur. Maaf teruskan usaha
| |
|
|
|