Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kemalangan jalan raya, by erina dan eddie zairi
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur erina dan eddie zairi
Title:kemalangan jalan raya
2014-04-19 14:14
KAJANG,3 Februari (Isnin)-Suatu kemalangan ngeri telah berlaku di persimpangan lampu isyarat.Kemalangan ngeri ini berlaku berdekatan lot Kedai Kajang Prima. Ia berlaku pada pukul 6.30 pagi ketika hujan lebat.  
 
Menurut saksi yang ditemui di tempat kejadian, kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada lori yang telah melanggar kereta tersebut. Akibatnya, kesemua penumpang dan pemandu telah tersepit di tempat duduk masing-masing. Mangsa dikeluarkan oleh orang ramai kerana keadaan kereta yang remuk teruk.  
 
Seorang pengguna jaalan raya, Encik Shiro (23 tahun)telah menelefon polis dan ambulans. Beliau juga telah memaklumkan mengenai lokasi kejadian. Pihak berkuasa telah tiba di lokasi dalam masa 5 minit.  
 
Anggota penyelamat terpaksa berkerja keras untuk menyelamatkan dam mengeluarkan kesemua mangsa. Akibat trajedi ini, pemandu kereta yang dikenali sebagai Encik Aiman (28 tahun),isterinya Wanie (28 tahun)telah meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala penumpang kereta Rina (22     tahun)dan a.d.zairi (22 tahun)mengalami cedera parah.  
 
Kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat. Manakala mangsa yang parah dihantar di Hospital Serdang. Pegawai polis yang berada di tempat kejadian telah mengmbil gambar kenderaan yang remuk untuk sisatan lanjut.  
 
Pihak polis menasihati para pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu. Pihak polis juga mengharapkan agar tidak memandu laju ketika musimhujan berikutan jalan yang licin. Pemandu dinasihatkan supaya sentiasa bertimbang rasa dan bertolak ansur semasa berada di jalan raya.
 

Submit a comment:

Name