Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sang Anjing menyesal., by Nur Aufa Awatif
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nur Aufa Awatif
Title:Sang Anjing menyesal.
2014-04-18 18:29
    Nasib Sang Anjing agak baik pada hari itu.Sang Anjing berjaya mendapat simpati penjual daging yang memberikannya seketul tulang.  
 
    Oleh sebab tidak mahu berkongsi tulang dengan rakan-rakan yang lain, Sang Anjing membawa tulang itu ke sebuah kawasan hutan di seberang sungai.Sang Anjing terpaksa melalui sebatang titi untuk menyeberangi sungai itu.  
 
    Tiba-tiba, Sang Anjing terlihat seekor anjing lain sedang menggonggong seketul tulang di dalam air.Tanpa berfikir panjang, Sang Anjing yang tamak itupun menerkam ke dalam air untuk merebut tulang itu.  
 
    Sebaik-baik sahaja Sang Anjing menerkam ke dalam sungai, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam sungai.Ketika itu, barulah Sang Anjing sedar, rupa-rupany anjing yang dilihatnya tadi ialah bayang-bayangnya sendiri.  
 
    Namun,nasi sudah menjadi bubur.Sang Anjinv berasa sungguh menyesal.Sikapnya yang tamak telah merugikan dirinya sendiri.
 

husna, (2014-04-18 19:13)
perenggan ke empat tu rupa-rupanya tu salah ejalah
 
Submit a comment:

Name