Welcome!

Contoh Karangan UPSR: LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS , by RABIATUL DAN SAMIRAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan RABIATUL DAN SAMIRAH
Title:LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS
2014-04-18 13:25
Tuan Pengurus,  
Syarikat Ladang Teh Brinchang,  
40500 Cameron Highlands,                                         28 MAC 2014  
 
Tuan,  
Kebenaran Melawat Kilang  
 
Merujuk perkara di atas,sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya telah merancang untuk menganjurkan lawatan sambil belajar ke kilang tuan.  
 
2. Lawatan ini dirancang untuk mendedahkan kepada murid tentang cara memetik daun teh,pengumpulan dan proses menghasilkan teh yang pelbagai perisa.Secara tidak langsung,murid dapat menambah pengetahuan tentang proses menghasilkan teh yang sangat penting untuk proses pembelararan di sekolah.  
 
3. Untuk makluman pihak tuan,kami memilih kilang tuan kerana teh yang dihasilkan oleh syarikat tuan bukan sahaja mendapat sambutan hangat dalam negara malahan pada peringkat antarabansa.Dengan itu,kami ingin melihat secara dekat teh itu dihasilkan.  
 
3. Maklumat penting tentang rombongan tersebut:  
     a) Tarikh : 19 April 2014  
     b) Hari     : Sabtu  
     c) Masa     : 10.00 pagi  
     d) Ahli     : 27 orang murid  
     e) Guru     : 5 orang  
 
4. Diharp pihak tuan dapat memberi maklum balas tentang maklumat rombongan tersebut supaya pihak kami dapat membuat persiapan dengan rapi.Kerjasama daripada pihak tuan bagi menjayakan hasrat ini amatlah kami hargai.  
 
Sekian,terima kasih,  
 
Yang menjalankan tugas,  
            Amylia Tan  
(AMYLIA TAN GOH HUI)  
Setiausaha,  
Persatuan Bahasa Malaysia,  
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Taman Melati.  

 

NUR SYAZA FAZISYA BINTI SHAMZALI, (2014-09-02 13:20)
DOAKANLAH SEMOGA 5A DALAM UPSR 2014 :>  
9,10,11 SEPTEMBER 2014  

 
yamuna, (2014-04-29 13:33)
nice
 
amnifarzana02, (2014-04-27 15:29)
okay
 
Tangshan, (2014-04-21 23:59)
Very bad
 
Shasha, (2014-04-20 14:55)
Membaca merupakan amalan baik yang mendatangkan banyak faedah kepada kita.  
Melalui pembacaan kita boleh mendapat banyak ilmu pengetahuan meliputi pelbagai bidang sama ada politik,ekonomi atau sosial.Jika seseorang itu rajin membaca,segala maklumat akan tersimpan dalam fikirannya.  
Orang yang banyak membaca pasti berpengetahuan luas.Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kedudukan seseorang. Contohnya,seorang pelajar yang rajin membaca akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Pelajar tersebut seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan memegang jawatan yang tinggi setelah tamat belajar.ini akan menjadikan beliau dihormati dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat.  
Membaca merupakan hobi yang amat berfaeda.Membaca dapat mengisi masa lapang seseorang dengan penuh erti.kita akan memperoleh pengetahuan sambil berhibur melalui minat ini.  
Membaca turut memperkaya perbendaharaan kata seseorang. kita akan lebih yakin berucap atau menulis sekiranya mengetahui pelbagai kosa kata.  
Membaca mempunyai banyak kebaikan.kita tidak akan rugi jika tabiat tersebut dipupuk dalam diri kita sejak kecil.
 
MUHD HAIKAL BIN HUSSAIN, (2014-04-18 15:30)
BAGUS KARANGAN INI KARANGAN MANTAP!!!
 
ENCIK MIMPI, (2014-04-18 15:28)
AMIN SEBENARNYA SUKA HIDAYAH
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name