Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup subur di tengah laman;
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.
Indah buatannya cincin suasa,
Disimpan pula di dalam peti;
Kalau kita berbudi bahasa,
mulia di mata indah dihati.
Dayung sampan membawa padi,
Guni dipikul pemuda sasa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Gembira terasa apabila berjalan,
Singgah dikota membeli barang;
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.
Anak cik siti menjual pantun,
Pantun dibeli si anak nyonya;
Baik hati bersopan santun,
itulah insan mulia hatinya.
|