Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEBAKARAN, by SYAHEERA NUR AZLEYA
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan SYAHEERA NUR AZLEYA
Title:KEBAKARAN
2014-04-15 13:25
    Simpang Renggam,12 MAC-Sebuah rumah kedai yang berhampiran jalan Ismail hangus terbakar awal pagi tadi.Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak RM 600000.00.      
 
     Menurut salah seorang mangsa kebakaran,Puan Soh Chin Aun,  
kebakaran itu bermula pada kira-kira pukul 5.00 pagi.Dia menyedarinya apabila bangun untuk membancuh susu untuk anaknya.Lantas dia menjerit sekuat hati meminta pertolongan.  
 
     Seorang pegawai bomba,Encik Junid bin Bakyandi berkata,bahawa pihak bomba masih belum dapat memastikan punca sebenar kebakaran itu.Namun demikian ,mereka tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.  
 
     Seorang pemilik kedai terlibat,Encik Leong Kim Bah pula berkata,antara barang-barang yang musnah termasuklah alat-alat elektrik dan barang- barang kelengkapan rumah.  
 
     Menurutnya lagi,kesemua peralatan kedainya hangus dan mengalami kerugian besar.Buat sementara waktu,mereka akan tinggal di kedai lama mereka yang terletak di Jalan Kuchai Lama.  
 
        lima buah kereta anggota dari ibu pejabat bomba dengan dua puluh lima anggota bomba segera bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan daripada orang ramai.Setelah bertungkus-lumus selama kira-kira dua jam setengah memadamkan kebakaran,barulah api itu dikawal.
 

chin rou hui, (2014-04-24 01:06)
sangat baik.memberi kamu 100 baik!!!  

 
syafiq ikhwan, (2014-04-18 15:33)
agak menyedihkan
 
mohd syahrim amin, (2014-04-18 15:33)
agak memberangsangkan
 
Submit a comment:

Name