Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya, by Aiman Mirza
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Aiman Mirza
Title:Laporan Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya
2014-04-15 02:45
     Pada 16 jun 2003,Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya telah mengadakan Hri Kecemerlangan buat kali ke-10.  
 
     Ibu bapa mula hadir ke sekolah pada pukul 8:00 pagi.Selepas sesi pendaftaran,ibu bapa dipersila masuk ke dalam dewan.Pada jam 8:15 pagi,majlis bermula dengan nyanyian lagu 'Negaraku'.Kemudian,ucapan perasmian telah diucapkan oleh Guru Besar SK Petaling Jaya.  
 
     Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua murid SK Petaling Jaya iaitu Muhammad Aiman Mirza bin Suhaimi.Setelah itu,bermulalah acara penyampaian hadiah bagi murid tahun 1 dan 2.Kemudian,persembahan murid tahun 1 telah diadakan bagi menyerikan lagi majlis itu.  
 
     Pada pukul 10;00 pagi,majlis berhenti seketika.Ibu bapa dijemput untuk ke kantin untuk makan pagi.Tepat jam 10:30 pagi,ibu bapa masuk semula ke dalam dewan.Acara berikutnya ialah penyampaian hadiah bagi murid tahun3,4 dan 5.Selepas itu,murid tahun 3 melakukan persembahan mereka yang bertajuk 'Lgu Tiga Kupang'.  
 
     Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah murid tahun 6 yang mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR.Seramai 14 orang telah berjaya mendapat keputusan tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup yang di sampaikan oleh Encik Abdul Hayi bin Mohd Nor.Tepat jam 12:30 tengah hari,majlis tamat dengan penuh gemilang.  
 
Laporan disediakan oleh,                                     18 Jun 2003  
 
(Aiman Mirza bin Suhaimi)  
Setiausaha tahun 6,  
SK Petaling Jaya.
 

Submit a comment:

Name