|
Name: | Faluza Frozen | Title: | Aku Sepassang Baju Kurung
2014-04-13 19:50 | Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .
Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .
Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .
Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .
Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar . | | jamuna arikrishnan, (2014-04-22 01:11) syabas dan tahnia kepada penulis karangan ini.
| | thinesh arikrishnan, (2014-04-22 01:09) hebatlah karangan ini.syabas dan taniah
| | thinesh arikrishnan, (2014-04-22 01:09) hebatlah karangan ini.syabas dan taniah
| |
|
|
|