Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yang dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah. Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu. , by Vimallah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Vimallah
Title: Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yang dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah. Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu.
2014-04-13 16:38
Sabtu, 21 Februari 2008  
 
7.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharif  
sibuk mencatat kehadiran murid.  
 
8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya.  
 
10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah.  
Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kota  
itu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu.  
 
12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekal  
kerana harga makanan agak mahal.  
 
2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Aku  
membeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka.  
 
4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. Kami tidak  
dibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih.  
 
5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur.  
 
7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu.  
Walaupun letih tetapi menyeronokkan.  

 

Nur Ayu Syazaneey Binti Rasidi, (2014-05-27 20:56)
Not Bad
 
esha, (2014-04-25 23:00)
terima kasih kerana membantu saya membuat kerjarumah........once again thank you very much......  

 
Submit a comment:

Name