Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kesihatan diri, by Permata Hati
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Permata Hati
Title:Kesihatan diri
2014-04-11 23:32
             Tidur sangat penting dalam kehidupan manusia.Lazimnya,kemampuan untuk tidur dalam jangka masa yang panjang menurun apabila usia semakin meningkat.Tidur yang mencukupi amat penting untuk kesihatan,terutamanya otak serta lain-lain organ agar dapat berfungsi secara optimum.  
 
             Sepasukan penyelidik mendapati tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat bagi mereka yang mempunyai tidur yang cukup.Sebaliknya,mereka yang tidak cukup tidur kelihatan tidak bermaya pada keesokan harinya.Jika dibiarkan berlarutan,individu menjadi kurang motivasi,kurang daya tumpuan dan keletihan.  
 
                Pakar neurologi berpendapat,setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza.Secara puratanya,sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh    jam hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti.Seseorang yang tidak cukup tidurakan mengalami insomnia.Insomnia adalah sejenis gangguan tidur diman kualiti tidurseseorang terjejas.  
 
                 Insomnia dapat dikesan apabila individu mempunyaiciri-ciri sepertisukar untuk tidur,sering terjaga semasa tidur atau mudah tidur tetapi terjaga setiap satu jam kemudian tidak boleh tidur.  
 
                    Secara fisiologinya,insomnia bukan lah sejaenis penyakit yang merbahaya.Hampir setiap individu mengalami insomnia sekali dalam fasa hidup manusia.Penggunaan pil tidur boleh menyebabkan ketagihan dan kematian jika digunakan secara berlebihan.  
 
                    Oleh itu,jangan ambil mudah waktu tidur anda.Tidur yang cukup emosi dan mental yang positif akan menjadikananda ledih sihat dan cerga sepanjang hari.
 

Submit a comment:

Name