Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kisah dua beradik., by aina nabilah bt. khairolnizam
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan aina nabilah bt. khairolnizam
Title:kisah dua beradik.
2014-04-11 13:41
             syahadan tersebutlah kisah seorang lelaki daif yang tua lagi hodoh tinggal di pedalaman hutan nibong.Lelaki tersebut hanya tinggal sebatang kara setelah kehilangan keluarganya yang tercinta akibat satu kemalangan yang ngeri.sebuah pondok usang yang dijumpai lelaki itu merupakan penempatan lelaki itu,baginya pondok usang itu umpama mahligai kerana di situlah tempat ia bermalam dan berteduh.lelaki itu digelar penunggu hutan nibong.  
        hidup lelaki tua itu ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.lelaki tua ini bernama pak samid.setiap hari pak samid terpaksa merintih kesedihan atas nasib yang menimpa dirinya.pemergian keluarga tersayang nyata memberi kesan yang mendalam pada dirinya.baginya hutan itulah yang menjadi sumber hidup dan peneman dirinya.  
         lain pula kisahnya tentang kisah seorang baka tua yang sangat tamak dan zalim.hidupnya kian hari kian menyusahkan orang kampung.mahligainya besar bukan kepalang.hartanya banyak kian mencurah namun,sikapnya seperti katak hujan sedikit,banyak bermain.sentiasa bermegah dengan apanya yang ada pada dirinya.isteri dan anaknya sentiasa terabai.namanya ialah pak samad abang kandung kepada pak samid.apabila sudah kaya keluarga semakin dilupakan.  
         setiap hari dia akan ke tempat dimana orang kaya berada.pak samad tidak pernah cuba untuk mendekati orang kampung yang miskin.pak samid dan pak samad jauh berbeza sikapnya.semasa kecil pak samad seringkali dimarahi oleh ibubapanya lain pula dengan adiknya yang selalu dipuji dan disayangi ibubapa.Oleh itu,pak samad berdendam terhadap pak samid."pak samid tu tamak batul.tinggal sini menyusahkan orang sahaja."itulah kata-kata yang sering di ucap oleh penduduk kampung.pak samad telah melupakan tuhan semenjak dia menjadi kaya raya.  
         Pak samid pula sering berdoa agar nasibnya berubah kelak nanti.pada malam itu,seorang lelaki bercahaya datang menemui pak samid.pak samid yang manyadari kedatangan lelaki itu segera melayannya.walaupun miskin namun hasrat hatinya tetap dilayan.malam itu lelaki itu bermalam di rumah pak samid.  
          
        
 

taraniyaray, (2014-04-11 20:01)
saya fikir ia amat baik dan menyeronokan
 
Submit a comment:

Name