Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kisah Sedih, by Petrina Basi
Contoh Karangan UPSR
Name:Petrina Basi
Title:Kisah Sedih
2014-04-04 15:46
            Kipas yang bising meniup rambut aku yang tebal. Memikirkan tentang ibu dan adik adik ku yang berada di negara yang lain begitu juga dengan ayah ku yang sedang bekerja di kapal. Berharap untuk bersama mereka dalam situasi susah atau senang. Namun begitu, aku tetap menghadapi cabaran yang datang dengan aku sendiri.Aku dilahirkan di Sarawak dan telah biasa dengan bahasa Sarawak. Aku hendak hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Aku mempunyai dua sahabat yang sentiasa memahami situasi aku di setiap masa. Aku amat berterima kasih kepada Tuhan kerana telah menganugerahkan aku kedua sahabat yang amat setia. Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mereka dan keluarga mereka agar dapat hidup dengan bahagia.Tidak lupa akan juga, aku juga berdoa kepada keluarga, saudara mara , dan juga sahabat aku yang lain. Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana telah menganugerahkan aku hidup yang senang dan juga mempunyai keluarga yang amat menyayangi aku. Aku selalu berdoa agar kesihatan, pelajaran dan masa depan keluarga aku terjamin. Aku telah menganggap kedua sahabat setia aku sebagai adik-adik aku yang amat aku sayangi. Aku juga ingin berterima kasih kepada guru tusyen kerana telah bersikap betimbang rasa kepada nenek aku yang sudah tidak mempunyai kerja. Beliau telah memberi biaya yuran tusyen aku kurang kerana beliau mengasihi nenek dan aku. Sejak hari itu, aku mula sedar untuk bersikap bertanggungjawab dan juga bersungguh sungguh dalam pelajaran    kerana aku tahu jikalau aku dapat memenuhi kemahuan nenek aku dan guru tusyen aku untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang aku akan melihat senyuman mereka yang sunguuh lebar. Aku tidak mahu apa-apa selain daripada membuat keluarga aku gembira dengan keputusan aku. Aku juga ingin berterima kasih kepada guru kelas aku iaitu Cikgu Goh kerana beliau telah menerima aku seadanya sebagai seorang murid. Aku ingin menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada semua guru mungkin ada kesalahan aku yang menyayat hati mereka dan juga bersikap secara tidak sopan.Aku hendak menghabiskan pelajaran aku di Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait. Aku amat berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokong aku sejak kecil lagi. Aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih sepenuhnya dari perasaan aku kepada kedua ibu bapa aku kerana tanpa mereka aku takkan berpeluang untuk berada di dunia ini dan hingga ke sampai tahap ingin menjadi seorang murid yang berguna dan berjaya di masa hadapan yang akan datang. Aku juga ingin berterima kasih kepada seorang lelaki budiman yang sering menjaga aku sejak dari kecil lagi iaitu datukku(ayah kepada nenek aku). Malangnya arwah telah meninggal pada 16/11/13. Jasa dan kasih sayang arwah akan kami sekeluarga ingat selamanya. Bak pepatah orang Putih ‘Nothing is perfect/Nobody is perfect’ yang bermaksud, tiada orang atau benda di dunia ini yang sempurna. Aku juga sedar bahawa keluarga aku tidaklah sempurna. Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dapat memakbulkan doa doa aku kepada ayah aku yang seorang perokok. Aku mementingkan kesihatan keluarga aku dan aku tahu betapa bahayanya jika seseorang itu merokok. aku tidak memerlukan pakaian yang berjenama atau barang barang yang mahal dari ayahku hanya untuk membuat aku berasa bahagia. Aku hanya ingin melihat beliau sihat dan menjadi seorang ahli keluarga yang mendukung anak anak dan isterinya kepada jalan yang betul. Aku mahu melihat adik adik aku mengikuti jejak langkah aku. Aku juga ingin melihat mereka untuk menjadi orang yang berguna di masa depan yang akan datang. Cita-cita aku ialah untuk menjadi seorang peguam, doktor , pereka fesyen atau seorang pramugari. Aku yakin jika aku belajar dengan bersungguh sungguh, aku akan menjadi seorang yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Sekali lagi, aku ingin menyusun sepuluh jari yang memang tidak mencukupi, aku ingin meminta maaf kerana telah bersikap ego, bercakap kasar, tidak hormat dan    perkara perkara yang telah menyayat hati anda. Aku memanglah tidak sempurna, tetapi aku berharap anda akan menerima aku seadanya. Harap kata-kata maaf yang ikhlas dari lubuk hati saya yang kecil akan diterima…  
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                                                Kata kata ikhlas dari,  
Petrina  
NGAP SAYOT!!  
ENCANG SARAWAK ENCANG!  

 

Suhailah, (2014-04-04 20:39)
terharunya!!! >_<
 
Submit a comment:

Name