Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah berkebun, by Krishna Logasimman
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Krishna Logasimman
Title:Faedah berkebun
2014-04-04 00:58
    Berkebun merupakan sejenis aktiviti bercucuk tanam.Lazimnya,kita boleh berkebun dengan menanam sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok-pokok bunga.Sesungguhnya,berkebun banyak membawa faedah.                                                                                                                      
 
    Berkebun membantu kita menjimatkan kos pembelanjaan.Maknanya,kita tidak perlu membeli sayur-sayuran,jikalau kita menanam sayur-mayur di sekeliling rumah.Tambahan pula,buah-buahan juga boleh ditanam untuk menjimatkan wang.  
 
Selain itu,seseorang itu berpeluang untuk memasarkan hasil tanaman untuk mendapatkan rezeki.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam boleh dijual bagi memperoleh nafkah.Pendapatan ini boleh ditabung untuk masa hadapan.  
 
Di samping itu,aktiviti bercucuk tanam mampu menjamin kebersihan persekitaran.Ertinya,apabila kita berkebun,kita Akan menebas semak-samun.Hasilnya,kawasan persekitaran rumah bertambah ceria.  
 
Akhir sekali,berkebun merupakan suatu hobi.Kita dapat mengisi waktu senggang melalui berkebun.Berkebun berjaya memanfaatkan masa.  
 
Jadi,jelaslah bahawa berkebun banyak membawa kepentingan.Oleh itu,kita perlu memanfaatkan tanah terbiar di sekitar untuk berkebun.Tambahan pula,kita perlu menjadikan aktiviti berkebun sebagai suatu hobi.  

 

Submit a comment:

Name