Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kemasyarakatan, by Alia Azman
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Alia Azman
Title:Kemasyarakatan
2014-04-03 23:55
Semasa aku pulang ke kampung baru-baru ini,nenekku menceritakan peristiwa yang berlaku kepadanya semasa dia masih kecil lagi.Walaupun sudah lama berlalu,tetapi peristiwa itu masih bermain-main di fikiran nenek.  
Suatu hari semasa ibu dan bapa nenek pergi mencari kayu di hutan,rumah mereka dijilat api.Nenek yang pada masa itu masih kecil,tergamam buat seketika.Nenek tidak tahu untuk berbuat apa-apa.  
Kebakaran bermula dari bahagian dapur dan api marak begitu cepat.Maklumlah rumah mereka berdinding buluh dan beratap rumbia.Nenek dan adiknya hanya tinggal sehelai sepinggang.  
Ibu bapa nenek tiada di rumah.Apabila ibu dan bapa nenek dimaklumkan tentang peristiwa itu,mereka sangat terkejut.Namun,mereka bersyukur kerana anak-anak mereka terselamat.  
Orang-orang kampung bergotong-royong untuk membina sebuah rumah baharu untuk nenek sekeluarga.Berkat kerjasama penduduk,rumah tersebut dapat disiapkan dalam masa dua hari sahaja.Setiap penduduk menghulurkan bantuan berupa pakaian,makanan dan lain-lain lagi.  
Semangat kerjasama penduduk kampung amat menakjubkan.Mereka amat berpegang kuat pada peribahasa "bagai aur dengan tebing".
 

Submit a comment:

Name