Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Institusi Pelajaran, by Alia Azman
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Alia Azman
Title:Institusi Pelajaran
2014-04-03 23:18
Hatiku berdebar setelah menerima panggilan telefon daripada guru besar sekolahku.Beliau memaklumkan bahawa aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.  
Aku tergamam seketika.Tanpa membuang masa,aku memberitahu ibuku supaya mengambil surat tawaran di sekolah.Ibuku turut gembira mendengar berita yang kusampaikan.  
Aku menunggu di rumah dengan gelisah.Hatiku berbelah bahagi.Apabila ayahku pulang,aku menceritakan tentang tawaran itu.Selepas makan malam,kami sekeluarga duduk berbincang dan akhirnya keputusan dibuat.  
Pada keesokan harinya,ibu mengambil cuti dan membawa aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Kami juga ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan untuk kegunaan di asrama nanti.  
Dua minggu berlalu.Tibalah hari orientasi di sekolah baharuku.Aku berasa sungguh gembira dan bertekad akan belajar bersungguh-sungguh.Aku mahu mencatat nama gemilang di sini.  
Aku bersyukur kerana segala usahaku selama ini telah membuahkan hasil.Aku kini menjadi salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah berasrama yang ternama,iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.
 

Submit a comment:

Name