Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH MENONTON TELEVISYEN, by SESHMIITHHA A/P PRKESH
Contoh Karangan UPSR
Name:SESHMIITHHA A/P PRKESH
Title:FAEDAH MENONTON TELEVISYEN
2014-04-02 23:49
 
Televisyen merupakan media elektronik yang canggih. Televisyen memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.  
 
Menonton televisyen mempunyai banyak faedah. Melalui televisyen kita tidaklah digelar sebagai katak di bawah tempurung kerana kita dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dengan hanya duduk di depan kaca televisyen sahaja.  
 
Pelajar-pelajar yang sering menonton rancangan pendidikan memperoleh manfaat juga. Terdapat pelbagai jenis rancangan pendidikan yang bercorak Sains, Matematik, bahasa, moral dan lain-lain lagi. Para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan rancangan tersebut.  
 
Menonton televisyen dengan ahli keluarga akan merapatkan hubungan kekeluargaan kita. Dengan adanya keluarga yang bahagia, maka terbentuklah masyarakat penyayang. Kita akan hidup mesra kerana adanya kasih sayang antara keluarga.  
 
Setelah sahari suntuk bekerja, kita boleh melepaskan lelah dengan menonton televisyen. Rancangan siri komedi dapat menghiburkan kita. Kita dapat melapangkan fikiran setelah menonton rancangan tersebut.  
 
Memang tidak dapat dinafikan, menonton televisyen mendatangkan faedah. Walau bagaimanapun, kita haruslah bijak memilih rancangan yang baik dan sesuai untuk kita.  
 
 
 
      
      

 

aisyah, (2014-04-22 03:47)
dc4scdxdsgsh
 
Submit a comment:

Name