Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Radio, by Batrisyia Adriana
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Batrisyia Adriana
Title:Aku Sebuah Radio
2014-03-30 20:44
            Nama aku Suria.Aku ialah sebuah radio.Aku diperbuat daripada plastik dan besi.Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara.Di samping itu,aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat.  
            Aku diproses di sebuah kilang eletronik.Setelah semua komponen aku lengkap diisi,aku diuji daripada segi ketahanan dan kualiti.Setelah siap diperiksa,aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan eletrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan eletrik,aku dan kawan kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan.  
            Aku berharga RM115.Sejak hari itu,aku dan kawan-kawanku menungguh untuk dibeli oleh pelanggan.Pada suatu hari,datanh seorang wanita untuk membeli sebuah radio utuk anaknya.Dia tertarik akan rupa bentuk aku.Setelah meneliti keistimewaan aku,dia pun membeli aku.  
            Kemudian,aku dibawa pulang ke rumah.Aku dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Amri.Amri gembira kerana dapat memiliki aku.Amri menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti.Aku dibyka suara yang kuat sehingga membingitkan teliga abangnya,Irfan yang sedang belajar.  
            Pada suatu hari,kesabaran Irfan tidak dapat disekat lagi.Irfan sangat marah kerana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat.Dia pernah menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan.Semasa mereka sedang bergaduh,Irfan tidak sengaja menolak aku ke lantai.Badan aku pecah apabila terhempas ke lantai.Banyak komponen-komponen di dalam badanku tercabut.  
             Akhirnya,aku tidak dapat digunakan lagi.Aku dibuang ke dalam tong sampah.Sejak hari itu,tamatlah riwayat hidupku sebagai sebuah radio.
 

Submit a comment:

Name