Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Mengucapkan tahniah dan bertanyakan sekolah baharu, by Aliah Nur Saadah Binti Sharil
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Aliah Nur Saadah Binti Sharil
Title:Mengucapkan tahniah dan bertanyakan sekolah baharu
2014-03-29 18:17
                                                                No.2 Jalan Impian Murni 1/2,  
                                                                Saujana Impian,  
                                                                43000 Kajang,  
                                                                Selangor Darul Ehsan  
              
                                                                7 Mac 2014  
 
Ke hadapan saudari Syafiqah yang berada di Seremban,Negeri Sembilan.Apa khabar saudari di sana? saya harap semoga saudari di sana baik-baik sahaja hendaknya.Saya dan keluarga di sini,sihat walafiat.  
 
Saudari,  
 
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari atas kecemerlangan saudari di dalam peperiksaan UPSR dan juga atas kejayaan saudari yang membanggakan.Ternyata dengan usaha usaha yang gigih,saudari dapatmemenuhi impian saudari untuk memasuki sekolah berasrama penuh telah tercapai.Untuk pengetahuan saudari,saya dan rakan-rakan yang lain sangat bangga dan rindu akan saudari yang jauh dari mata.  
 
Saya sangat menyukai sikap bersungguh-sungguh saudari untuk mencapai apa yang diimpikan oleh saudari.Justeru,kejayaan saudari telah memberi dorongan kepada saya untuk saya mengikuti jejak langkah saudari yang berjaya merealisasikan impian saudari.Saya ingin bertanya saudari tentang sekolah baharu saudari,bagaimanakah keadaan sekolah baharu saudari?Bagaimanakan prestasi pelajar-pelajar di sana?  
 
Saya berharap kita boleh bertukar-tukar nota dan juga kertas soalan peperiksaan.Dengan itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan bersama-sama.Semoga saudari dapat mengejar impian saudari untuk terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang juga dalam bidang sukan.  
 
Sahabat,  
 
Saya rasa sampai di sini sahaja dahulu warkah saya buat kali    ini.Saya berharap saudari dapat menyesuaikan diri di sana.Pada masa yang sama,janganlah lupakan saya dan rakan-rakan yang lain di sini.Semoga kita dapat berutus surat lagi.  
 
Sekian terima kasih.  
 
                                                                    yang benar,  
                                                      
                                                                    aliah  
                                                                 (ALIAH NUR SAADAH)
 

jayaganesh, (2014-04-15 00:08)
not nice also
 
Submit a comment:

Name