Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berkunjung Ke Pameran Buku, by *Aliah*
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor *Aliah*
Title:Berkunjung Ke Pameran Buku
2014-03-28 22:47
Pada minggu yang lepas,kami mengikuti ayah dan ibu pergi ke pameran buku di Angsana,johor Bahru.Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.                                                  
 
Sampai sahaja di tempat pameran buku,saya dapat melihat pelbagai jenis buku diantaranya ,kamus, buku latihan dan alat tulis.Buku-buku di pusat pameran kebanyakkan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.  
 
Di pusat pameran ketika itu riuh rendah penjual dan pembeli memilih buku yang hendak dibeli.Sesetengah penjual buku ada yang jual dgn harga yang lelong.Pelbagai gelagat pembeli seperti,membaca buku,anak kecil berlari-lari yang dapat dilihat di pusat pameran buku itu.  
 
Di pameran buku itu juga,ada juga yang mengambil kesempatan untuk membeli keperluan sekolah.Ada ibubapa yang membeli buku tulis dan peralatan sekolah anaknya.  
 
Kami sempat membelek-belek sebuah buku latihan dan sebuah buku cerita.Ibu dan ayah telah membelikan sebuah buku latihan dan alat tulis.  
 
sebelum pulang ke rumah,kami singgah ke restoran untuk mengalaskan perut.selepas sahaja mengalas perut,kami melangkahkan kaki keluar dari kawasan restoran dan kelihatan orang ramai pun mula bergerak pulang.                                                        
 

Submit a comment:

Name