Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sekaki Payung, by HAIRY
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor HAIRY
Title:Aku Sekaki Payung
2014-03-27 14:53
            Aku sekaki payung. Aku bernama Biruh. Aku berwarna  
 
biru dan diperbuat daripada plastik. Aku dilahirkan di  
 
sebuah kilang yang besar.  
 
            Selepas siap diperbuat, aku dibungkus kotak dan  
 
dihantar ke kedai dengan menggunakan sebuah lori yang besar.  
 
Aku diletakkan di penjuru kedai payung. Aku telah mendapat  
 
kenalan ramai.  
 
            Setiap hari, ramai pelanggan datang. Mereka tertarik  
 
oleh aku. Aku berasa sangat berbesar hati.  
 
            Pada satu hari, seorang wanita datang memilih payung.  
 
Dia membelek-belek aku. Akhirnya, dia memustukan untuk  
 
membeli aku dengan harga RM 9.90.  
 
            Mulai saat ini, aku mempunyai seorang tuan. Tuan aku  
 
bernama Siti. Setiap hari, tuan aku menggunakan aku untuk  
 
menghalang sinaran matahari dan hujan. Tuan aku menjaga aku  
 
dengan baik.  
 
            Aku berasa bersyukur mempunyai seorang tuan yang baik  
 
sepertinya. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku  
 
sehingga akhir hayat.  

 

nice karangan, (2014-04-01 01:49)
Linesha A\P Balan
 
Submit a comment:

Name