Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Menaiki Kenderaan Awam, by Nurul Diyana
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nurul Diyana
Title:Pengalaman Menaiki Kenderaan Awam
2014-03-24 02:35
         Inilah kali pertama aku menaiki kereta api. Sengaja ayahku membawa kami sekeluarga menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Menurut ayah, dia ingin memberi pengalaman kepada aku dan adik menaiki kereta api.  
 
         Keadaan di stesen kereta api sangat sesak. Ramai orang di sana. Perjalanan kereta api juga banyak. Ada yang menuju ke utara, ada yang menuju ke selatan, dan ada yang menuju ke timur.  
 
         Tempat duduk di dalam kereta api sangat selesa. Bangkunya luas. Koc-kocnya yang ramai itu membahagikan penumpang kepada dua kelompok iaitu penumpang kelas satu dan kelas dua. Di dalam kereta api itu juga terdapat kantin untuk penumpang makan jika mereka lapar. Ayah mengajak aku makan di kantin. Katanya, untuk menikmati suasana makan di dalam kereta api.  
 
            Sepanjang perjalanan, yang kulihat hanya kehijauan hutan. Keadaan ini menunjukkan negara kita masih mengekalkan hutan. Sesekali sahaja, apabila tiba di kawasan bandar, barulah senario bandar kelihatan. Banyak stesen kereta api yang kulihat sepanjang perjalanan. Kebanyakannya sudah uzur dan usang. Menurut ayahku, stesen kereta api itu dibina pada zaman penjajah.  
 
         Kami sampai di Stesen Kereta Api Ipoh pada pukul 5.00 petang. Datuk sudah sedia menunggu untuk membawa kami ke rumahnya. Perjalanan menaiki kereta api yang menyeronokkan ini tidak akan aku lupakan.
 

bagus untuk tahun 4 belajar cermat tiba selamat, (2018-06-30 23:07)

 
, (2017-04-03 20:31)
Jm
 
surendran, (2015-04-28 22:57)
 
 

 
, (2015-04-28 22:57)
surendran  

 
a tan, (2014-08-25 01:39)
not so good
 
Submit a comment:

Name