Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan Perpisahan Pelajar, by Nur Alisyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nur Alisyah
Title:Ucapan Perpisahan Pelajar
2014-03-24 02:20
                    Yang saya muliakan, Puan Jamilah selaku Guru Kelas 5 Anggerik, saudara Adam, Ketua Kelas 5 Anggerik, seterusnya rakan-rakan kelas 5 Anggerik. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.  
              
                    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana rakan-rakan sudi mengadakan jamuan untuk saya sempena pertukaran saya ke sekolah yang baharu nanti. Sesungguhnya, majlis ini merupakan satu kejutan bagi saya. Saya tidak tahupun rakan-rakan akan mengadakan majlis ini.  
 
Puan Jamilah dan rakan-rakan sekalian,  
                     Pertukaran saya ke negeri Kelantan disebabkan perpindahan bapa saya. Bapa saya telah dinaikkan pangkat. Sebagai anggota tentera, apabila seseorang itu dinaikkan pangkat, maka beliau akan berpindah ke tempat lain. Sebenarnya, perpindahan sekolah pada kali ini merupakan perpindahan saya bagi kali yang ketiga.  
 
Rakan-rakan yang dikasihi,  
                    Saya berasa sangat seronok berada di sekolah ini, terutamanya dengan rakan-rakan di kelas 5 Anggerik. Saya dapati rakan-rakan di dalam kelas ini mengamalkan sikap bersatu-padu. Sekiranya ada pelajar tidak memahami sesuatu perkara, pasti dia dibantu oleh rakan yang lain. Paling uniknya, perasaan perkauman tidak wujud di dalam kelas ini walaupun kelas kita terdiri daripada pelbagai bangsa.  
 
                 Akhir sekali, saya mendoakan kejayaan rakan-rakan dalam UPSR pada tahun hadapan. Bersama-samalah kita belaja bersungguh-sungguh agar kita memperoleh keputusan yang cemerlang. Di samping itu, saya berharap rakan-rakan sudilah berhubung dengan saya jika ada kelapangan. Sekian, terima kasih.
 

Sofea Izyani, (2014-03-25 19:54)
Wah! Bagusnya karangan ni! Tersusun pulaktu! Saya selalu lemah dalam menulis ucapan tetapi contoh yang ni telah membantu saya.
 
Submit a comment:

Name