Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah kereta sport, by Alep Haikal
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Alep Haikal
Title:aku sebuah kereta sport
2014-03-21 01:03
             Aku sebuah kereta sport. Aku dibuat di sebuah kilang di Jerman. Setelah lengkap tubuhku dipasang, aku dihantar ke sebuah kedai kereta di Kuala Lumpur.Namaku ialah porsche carerra gt.  
 
             Semasa aku berada disana, aku diletakkan didalam sebuah kaca. Ramai orang tertarik melihat keunikan dan kecantikan tubuhku. Aku juga berjumpa dengan kawan baruku iaitu bugatti veyron, ferrari, audi, nissan dan chervolet. Kawan- kawanku sungguh mesra denganku.  
 
            Pada suatu hari, aku dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pemilik kedai tersebut yang berharga RM 3 000 000. Bagi mereka 3 juta tidaklah begitu mahal kerana mereka adalah seorang jutawan.  
 
            Sejurus kemudian, aku dihadiahikepada anak lelakinya yang baru pulang daripada Jerman. Tuanku berasa amat gembira kerana kereta idamannya telah dimilikinya.  
 
         Dia menggunakan aku untuk pergi ke tempat kerjanya. Kawan pejabatnya memuji - muji kecantikanku. Aku berasa bangga dan gembira setelah dipuji. Aku menjadi buah mulut di pejabat tuan baharuku.  
 
             Sehinggalah, satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Pada suatu hari, tuanku sudah lewat ke pejabatnya, dia membawaku dengan terlampau laju sehinggalah tuanku tidak dapat mengawalku. Tiba- tiba aku terlanggar sebuah kereta laboghini di persimpangan jalan. Mujurlah tuanku tidak federa teruk tetapi bahagian hadapanku remuk teruk. Aku terpaksa dihantar ke sebuah bengkel aku dibaiki seperti mana aku dibuat pada mulanya. Disebabkan peristiwa itu, tuanku memandu dengan lebih berhemah untuk menggelakan kemalangan berlaku lagi pada diriku.  
                  
        
 

, (2014-03-22 15:58)
Wah bes sgt karangan ni
 
Submit a comment:

Name