Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tidak Dapat Hadir ke Sekolah, by Nur Afifah Rosli
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nur Afifah Rosli
Title:Tidak Dapat Hadir ke Sekolah
2014-03-12 23:57
LOT 260,Kampung Telok,  
16300 Bachok,  
Kelantan  
____________________________________________________________  
Sekolah Kebansaan Seri Kemudi,  
16300 Bachok,  
Kelantan  
________                                                                                 10 MAC 2014  
 
Cikgu,  
 
Tidak Dapat Hadir ke Sekolah  
____________________________  
 
Saya Nur Afifah bt Rosli,murid Tahun Enam Sejahtera.Saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini,iaitu 10 Mac 2014.  
 
2. Hal ini demikian kerana ibu bapa saya tiada di rumah.Mereka pulang ke kampung untuk menziarahi saudara kami yang sakit.Oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan,mereka tidak dapat pulang awal sebagaimana yang dijadualkan.  
 
3. Saya anak sulung dalam keluarga.Tiada sesiapa yang dapat menjaga adik-adik saya.Oleh sebab itu,saya terpaksa menjaga mereka sementara menunggu kepulangan ibu bapa saya.  
 
4. Menurut mereka,mereka akan pulang secepat mungkin.Dengan demikian,dapatlah saya hadir ke sekolah seperti biasa.  
 
5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami keadaan saya dan dapat menerima sebab-sebab yang saya berikan.  
 
Kerjasama cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih.  
 
Yang benar,  
Afifah  
..................  
(NUR AFIFAH BT ROSLI)  

 

nur natasha ellysha binti jamehan, (2014-05-09 01:23)
Saya mahu belajar bersungguh-sungguh
 
nur natasha ellysha binti jamehan, (2014-05-09 01:23)
Saya mahu belajar bersungguh-sungguh
 
kirthy, (2014-03-15 15:44)
nice karangan
 
Submit a comment:

Name