Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan Sempena Hari Guru, by Fatin Nazira
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Fatin Nazira
Title:Ucapan Sempena Hari Guru
2014-03-05 19:21
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru yang dikasihi, dan rakan-rakan yang budiman. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili murid-murid sekolah ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang kami kasihi.  
Hadirin yang saya hormati,  
 
                        Hari guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan guru, Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru terhadap kami amat bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit. Tanpa guru kami umpama orang buta yang kehilangan tongkat. Guru umpama lilin, membakar dirinya semata-mata untuk kesejahteraan orang lain.  
 
                        Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran. Guru memberikan bimbingan dan pendidikan kepada kami. Tiada lain harapan mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa depan. Guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa menghadapi pelbagai karenah kami.  
 
                        Selain itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi galakan kepada kami untuk berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Segala tunjuka ajar dan nasihat gurun amat kami hargai. Guru berbuat demikian demi kebaikan kami juga.  
 
Hadirin yang dikasihi,  
                        Pada hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami. Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan pengorbanan guru, saya serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa berasa jemu.  
 
                        Sekian, terima kasih
 

nur syazana binti zaidin abas, (2014-06-06 21:09)
patutnya hadirin yang dikasihi tu patutnya dekat lepas perengggan ke tiga .. bukannya lepas yang ke empat .. kalau lah pemeriksa tengok macam ni .. mesti tolak tiga markah ..
 
skal-6-ibrahim14, (2014-05-07 16:23)
terima kasih kerana membantu saya
 
skal-6-ibrahim14, (2014-05-07 16:17)
terima kasih kerana membantu saya
 
Fatin Nazira , (2014-03-05 19:27)
maaf ye ada tersalah ejaan  
 
 
- tunjuka ajar = tunjuk ajar  
 
- gurun = guru  
 

 
Submit a comment:

Name