Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sebab kemalangan jalan raya berlaku, by ezlan aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka ezlan aiman
Title:Sebab kemalangan jalan raya berlaku
2014-03-02 16:51
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.  
 
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.  
 
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang    menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.  
 
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.  
 
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.  
 
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
 

Durrahtul Bariah Bt. Sharuddin, (2014-06-10 12:58)
Yang dihormati tuan Pengerusi majlis, yang Berbahagia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang,guru -guru dan rakan - rakan yang saya kasihi sekalian.  
 
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada hari ini.  
 
Di kesempatan ini, saya ingin memanjat kesyukuran kepada ilahi kerana telah memenagi suatu pertandingan deklamasi sajakdi peringkat negeri baru-baru ini. Saya tidak menduga akan menjuarai pertandingan ini memandangkan peserta -peserta yang mengambil bahagian hebat belaka.  
 
Kejayaan ini bukanlAH milik saya seorang .Rakan - rakan dan para guru menjadi pemangkin kejayaan saya ini .Tanpa sokongan daripada kalian ,sudah pasti saya tidak akan berada pada tahap sekarang.  
 
Pada masa ini, saya masih tidak boleh mendabik dada kerana saya akan menyertai suatu pertandingan yang lebih besar. pertandingan deklamasi sajak antara sekolah rendah di seluruh Malaysia yang Akan saya sertai itu akan berlansung dua minggu lagi.Kini, saya giat menjalani latihan sebagai persediaan ke pertandingan tersebut.  
 
Akhir Sekali, saya berharap kalian akan mendoakan kejayaan saya di pertandingan yang akan dating.sokongan yang telah kalian berikan selama ini saya dahului dengan ucapan terima kasih . sekian......  
 
 
 
 
 

 
unknown person, (2014-03-09 22:47)
Bagus karangan saya bagi 4 daya  

 
, (2014-03-09 16:15)
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeebbbbbbbbbbbbbbbb*- bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttttt*- ttttttttttttttttttttt  

 
Submit a comment:

Name