Welcome!

Contoh Karangan UPSR: "Pentingnya aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid sekolah'' , by Adam Danish B. Farish
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Adam Danish B. Farish
Title:"Pentingnya aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid sekolah''
2014-02-28 22:10
         Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi,barisan panel hakim,para peserta dan para hadirin yang dihormati.Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "pentingnya aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid sekolah".                                      
 
Hadirin sekalian,  
 
        Kegiatan aktiviti kokurikulum adalah kegiatan yang disediakan oleh pihak sekolah dan mertupakan satu bidang pembelajaran yang berfokus kepada kegiatan di luar bilik darjah.Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuandan kekuatan fizikal murid-murid.Disamping itu juga,ianya dapat membantu melahirkan murid-murid yang kreatif dan mempunyai daya saing yang tinggi.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
        Sememang tidak dapat dinafikan, kadang kala kegiatan kokurikulum ini amat meletihkan seperti aktiviti sukan dan permainan,unit berunifom,perkhemahan dan lain-lain lagi.Walaupun begitu,kegiatan seperti inilah yang dapat melahirkan bakat-bakat baru yang cergas dan kreatif serta juga dapat menyihatkan badan.Bak kata pepatah'akal yang cerdas bermula dari badan yang sihat'.bila akal cerdas, tentulah mudah untuk murid-murid menerima pelajaran yang diajar oleh guru.  
 
Hadirin sekalian,  
          
        Setiap kegiatan kokurikulum yang disertai akan dicatat di dalam buku rekod kokurikulum dan di dalam rekod peribadi murid-murid seperti sijil berhenti sekolah.Rekod penyertaan kegiatan kokurikulum juga akan diambil kira semasa proses penilaian untuk memasuki sekolah berasrama penuh di peringkat sekolah menengah dan seterusnya.  
 
Hadirin dikasihi,  
 
        Walaupun begitu, kegiatan kokurikulum hanyalah aktiviti sampingan.Pelajaran perlulah diberi keutamaan terutamanya bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR ataupun SPM.  
 
         Akhir kata, saya sekali lagi menegaskan bahawa aktiviti      
kokurikulum pentig dalam membentuk sahsiah seseorang murid pada era mencabar ini.  
 
Sekian,Terima kasih
 

laila anje, (2014-04-04 15:07)
oww yarr..fantastik baby..........ahhhh  

 
Wakil Skj3 Yang Kedua, (2014-03-02 11:09)
Baik!
 
Submit a comment:

Name