Mari dengar kata nasihat,
supaya tubuh menjadi sihat,
Bersihkan rumah setiap hari,
supaya penyakit tidak hampiri
kurangkan makan gulai bersantan,
amalan baik untuk kesihatan,
kurangkan manis dalam minuman,
banyakkan aktiviti seperti senaman,
Makanan segar buatlah bekalan,
untuk anak-anak jadikan amalan.
|