|
Name: | Farra Sofea | Title: | Surat Kepada Kakak Yang Sedang Belajar Di Luar Negara
2014-02-17 14:19 | 36 , JALAN PLATINUM
SEKSYEN 7
42000 , SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
17 FEBRUARI 2014
Ke hadapan kakandaku Amira yang ingati selalu . Semoga kakanda dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu disamping rakan-rakan di sana .
Tujuan adinda menulis warkah ini adalah untuk membalas warkah yang telah kakanda kirimkan tempoh hari yang lalu . Warkah yang kakanda kirimkan telah adinda baca dan faham akan isinya . Hari ini , adinda akan menjawab semua soalan yang kakanda tanya .
Kakanda ,
Alhadullilah . Kami sekeluarga di sini sihat-sihat sahaja kecuali nenda yang sejak kebelakangan ini agak uzur sedikit disebabkan faktor usia . Walau bagaimanapun , kakanda jangan khuathir kerana ayahanda dan bonda telah membawa nenda ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuknya .
Untuk pengetahuan kakanda juga , Kakanda Khairunnisa' bakal memulakan semester baru mulai Mac depan . Dia sungguh bersemangat setalah bercuti selama 3 bulan lamanya , Dalam masa 3 bulan tersebut , dialah yang telah banyak menemani adinda semasa ketiadaan bonda dan ayahanda .
Sementara itu , pada bulan Januari lepas bond akelihatan agak sibuk menghadiri seminar ke luar bandar atas urusan kerja . Sungguhpun begitu , bonda mengambil kesempatan untuk keluar bersama-sama kami pada hujung minggu . Bonda juga -memastikan peralatan-peralatan dapur , makanan semua ada supaya kami tidak kelaparan .
Buat pengetahuan kakanda juga , adinda sekarang sedang belajar di sekolah menengah dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan bonda dan ayahanda seperti yang telah dijanjikan oleh adinda dahulu . Tambahan pula , adinda ingin mengikut jejak langkah kakanda untuk belajar di luar negara .
Di samping itu , kampung kita akan mengadakan pertandingan memasak pada bulan Oktober nanti . Setelah mendengar cerita itu , Kakanda Khairunnisa' meminta izin bonda dan ayahanda untuk menyerati pertandingan itu . Ayahanda dan bonda telah memebri semangat padu dengan mengizinkan kakanda Khairunnisa' menyertai pertandingan tersebut . Selain itu , jika dia memenangi pertandingan tersebut , dia akan membawa pulang wang yang berjumlah RM5000 bersertakan trofi . Kami juga berharap agar kakanda berdoa supaya Kakanda Khariunnisa' memenangi pertandingan tersebut .
Setakat ini dahulu lah surat adinda kepada kakanda . Jika umur kita panjang , InsyaAllah kita akan berjumpa pada tahun hadapan . Sekian .
Adindamu,
Aida
| | shafitqi , (2017-04-20 01:17) Terbaik surat ni
| | shafitqi , (2017-04-20 01:17) Terbaik surat ni
| | diela hyun, (2014-03-28 02:05) bleh tulis panjang sikit x karangan tu
| | ef, (2014-02-21 00:17) best
| |
|
|
|