Pada suatu hari,kami sekeluarga berbual-bual tentang peristiwa yang menarik bersama di serambi rumah.
Damia ;Ibu masih ingat tentang peristiwa hari keluarga
di Air Terjun Gunung Ledang?
Ibu ;Ya,ibu masih ingat.Kak Long masih ingat tentang
peristiwa yang Damia cakap sebentar tadi?
mak Long ;Ya Kak Long masih ingat lagi.Pada masa itu,kita
sekeluarga melakukan aktiviti-aktiviti yang
dirancang dengan perasaan yang sangat gembira.
Mak Ngah ;Yalah,Kak Ngah pun tidak dapat melupakan
peristiwa tersebut.
Damia ;Di sana udaranya nyaman dan tempatnya juga
indah nian.
Ibu ;Kak Long masih ingat lagi sewaktu Kak Long
terjatuh semasa bermain bola bersama adik
beradik yang lain?
Mak Long ;Ish,apalah kamu ni buat malu Kak Long sahaja.
Semua ;Ha,ha,ha,ha,ha
Mak Ngah ;itulah lain kali berhati hati sedikit.Hah
bagaimana kak Long boleh terjatuh?
Mak Long ;kak Long tergelincir semasa hendak mengambil
bola daripada Alang.
Damia ;Selain daripada aktiviti itu,kita juga
melakukan aktiviti menyelam paling lama.Ibu
masih tentang saya tidak timbul dari dalam air?
Ibu ;Ya ibu masih ingat.Sewaktu itu masa telah pun
diberhentikan oleh datuk kamu.Semua orang
yang menyelam telah timbul kecuali kamu
sahaja yang tidak timbul-timbul.
Mak Long ;Pada Masa itu juga,kami bertungkus lumus
mencari kamu tetepi tidak berjaya.
Mak Ngah ;Akhirnya,kamu timbul juga setelah sekian lama
kamu menyelam.
Ibu ;Lain kali kamu jangan buat begitu lagi kerana
pada masa itu kami amat risau tentang kamu.
Damia ;Baiklah ibu.Saya berjanji saya tidak akan
mengulangi kesalahan itu lagi.
Nenek ;Along,Angah,Alang cepatlah masuk sudah masuk
waktu maghrib ni.
Mak Long ;cepat-cepat nanti nenek berleter lagi.
Akhirnya,kami masuk ke dalam rumah kerana hendak
solat maghrib.Kami berharap hari keluarga akan diadakan
pada masa akan datang. |