Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Persatuan Penduduk Taman Cenderawasih, by Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Title:Persatuan Penduduk Taman Cenderawasih
2014-02-12 20:07
    Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,bekas Pengerusi Penduduk Taman Cenderawasih,Ahli Jawatan Persatuan Penduduk Taman Cenderawasih,tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.  
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,  
 
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memimpin Persatuan Penduduk Taman Cenderawasih.Saya berasa sungguh terharu atas kepercayaan yang diberikan.Oleh itu,saya berjanji kepada diri saya sendiri yang saya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.  
 
    Selepas ini saya akan mengadakan mesyuarat khas dengan ahli jawatankuasa yang baru untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.Sebelum itu saya akan memastikan beberapa masalah yang berlaku di taman perumahankita akan diatasi dengan segera.Antaranya,saya akan memastikan kerja-kerja pengutipan sampah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Saya juga akan memastikan tiada lagi masalah anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan kita.  
 
    Jalinan hubungan yang erat antara penduduk pelbagai kaum dikawasan ini akan terus dikukuhkan.Pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan tersebut.Antaranya,acara sukaneka,Hari keluarga,jualan amal dan sebagainya akan diadakan sepanjang tahun ini.Saya juga merancang mengadakan majlis rumah terbuka bagi semua perayaan utama yang disambut oleh penduduk di kawasan ini.  
 
    Akhir sekali,saya berharap semua pihak dapat memberi sokongan padu bagi menjayakan semua aktiviti yang akan diadakan.Semua pihak boleh memberi sumbangan dalam apa juga bentuk untuk menjayakan aktiviti -aktiviti yang telah dirancang.sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name