Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Olahraga MSSM , by Adibah syamilah binti azmi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Adibah syamilah binti azmi
Title:Olahraga MSSM
2014-02-12 19:37
            Yang saya hormati Tuan Guru Besar,Encik Marzuki Nayan,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian.Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk berucap pada pagi yang berbahagia ini.  
 
Hadirin sekalian,  
            Saya benar-benar terharu dan gembira kerana pihak sekolah mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan saya.Sebenarnya,kejayaan saya adalah kejayaan pihak sekolah juga.saya sebenarnya langsung tidak menduga bahawa saya akan dinobatkan sabagai olahragawan MSSM bagi tahun 2013.  
            Terima kasih kepada guru-guru,terutamanya cikgu mohd.nor yang begitu gigih mengasahkan kebolehan saya dan tidak jemu-jemu memberikan dorongan.Begiyu juga rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa memberikan semangat kepada saya.  
            Adakalanya saya tertekan kerana terpaksa membahagi-bahagikan masa antara pelajaran dengan sukan. Namun,dorongan semua pihak membantu menguatkan semangat saya.  
            Usaha tangga kejayaan.Prinsip itulah yang saya pegang supaya saya tidak kecewa dalam kedua-dua bidang.Pelajaran dan sukan adalah dua perkara yang berbeza namun kedua-duanya penting bagi saya.Tidak saya nafikan,agak sukar untuk memberikan yang terbaik.  
            Saya berharap agar kejayaan ini menjadi perintis untuk saya melangkah lebih jauh.Terima kasih sekali lagi.Sekian
 

Submit a comment:

Name