Welcome!

Contoh Karangan UPSR: UCAPAN PERPISAHAN, by MUHAMMAD AIMAN BIN SHAHRUL HANAFI
Contoh Karangan UPSR
Name:MUHAMMAD AIMAN BIN SHAHRUL HANAFI
Title:UCAPAN PERPISAHAN
2014-02-12 19:34
             Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis,Yang dihormati Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.  
             Hari ini adalah hari terakhir kami berada di sekolah ini.sebagai wakil murid Tahun Enam,kami amat terhutang budi terhadap pengorbanan yang diberi oleh guru-guru di sekolah ini.Guru mendidik kami bukan sahaja untuk berjaya dalam peperiksaan malah juga membimbing kami menjai insan yang mulia dan berguna.  
             Tanpa guru siapalah kami.Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan akan kami jadikan pedoman.Tidak ada guru yang mahu melihat anak muridnya gagal,apatah lagi menjadi manusia yang tidak berguna di masa akan datang.  
             perpisahan ini bukan bermakna kami akan melupakan terus guru-guru yang berada di sini.Tetapi perpisahan ini adalah langkah pertama kami untuk terus berjuang mencari ilmu pengetahuan.Kami akan mencapai kejayaan cemerlang.  
             Akhir kata,izinkan saya mengungkap serangkap pantun ini:                                                                                                                                                Hendak menanam serumpun serai,  
                                 serai ditanam di tepi perigi;  
                                 hari ini kita bercerai ,  
                                 esok kita berjumpa lagi.  
         sekian,terima kasih
 

Submit a comment:

Name