Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Majlis perpisahan, by Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Title:Majlis perpisahan
2014-02-12 19:30
Selamat sejahtera kepada guru besar,guru-guru dan rakan sekalian.Selamat datang kepada semua guru ke jamuan perpisahan murid-murid tahun enam.  
 
Selama enam tahun belajar di sekolah ini,iaitu dari darjah satu,kami banyak memperoleh ilmu daripada guru-guru.Asalnya buta huruf,kini kami telah menguasai kemahiran menulis,membaca dan mengira.Semua ini ialah usaha guru.  
 
Hadirin yang saya dikasihi,  
 
Kami akan sentiasa mengenang jasa-jasa yang dicurahkan oleh guru-guru sekolah ini.Saya amat kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh setiap guru untuk memastikan kami berjaya.  
 
Saya mewakili semua murid tahun enam mengucapkan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan.Saya juga berharap guru-guru akan memaafkan segala kesilapan kami selama berada di sekolah ini.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
Saya ingin berpesan kepada rakan-rakan agar sentiasa berdispilin dan terus berusaha meningkatkan pencapaian apabila belajar di sekolah menengah kelak.  
 
Sebelum mengakhiri ucapan,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan selamat menjamu selera.  
 
Sekian,terima kasih.  
    
 

Submit a comment:

Name