Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara mencegah kebakaran, by ADIBAH SYAMILAH BINTI AZMI
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak ADIBAH SYAMILAH BINTI AZMI
Title:Cara-cara mencegah kebakaran
2014-02-12 19:08
         Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis,Guru Besar,Encik zaidi bin mansor,guru-guru,dan murid-murid sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Terima kasih kerana mengundang saya untuk memberikan ucapan bersempena dengan minggu keselamatan.  
 
Hadirin sekalian,  
         Api semasa kecil manjadi kawan,apabila besar menjadi lawan.Pepatah ini sering mengingatkan kita bahawa beringat-ingatlah tatkala menggunakan api.Kita sering terdengar dan terbaca di media masa tentang kebakaran yang dapat menyebabkan kerugian harta benda malah ada yang meragut nyawa.  
         kecuaian    adalah punca utama.Seharusnya kita sentiasa beringat bahawa malang tidak berbau.Di rumah misalnya,kita harus mendisplinkan diri dengan memastikan peralatan eletrik dan gas ditutup jika tidak digunakan.  
         Kejadian litar pintas dapat dielakkan jika penghuni bangunan sentiasa memastikan bahawa wayar eletrik selamat digunakan.jika sudah lama atau mengalami kerosakan,wayar tersebut perlulah digantikan segera.  
         puntung rokok yang masih berasap memungkinkan berlakunya kebakaran.Oleh itu ,janganlah membuang puntung rokok di merata-rata tempat.ubat nyamuk juga haruslah diletakkan di tempat yang selamat.Begitu juga dengan mancis api dan pemetik api.Selain itu,awasi anak-anak di rumah.  
         sebagai mengakhiri ucapan,sekali lagi saya ingatkan bahawa kebakaran dapat dielakkan andai kita sentiasa berwaspada,sekian terima kasih.                                                                                                                                    
 

Submit a comment:

Name