Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sempena Kempen Antidadah, by Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nor Farah Syazlin Bt Mahmuri
Title:Sempena Kempen Antidadah
2014-02-12 19:06
     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan sekalian.Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan sempena kempen antidadah peringkat sekolah ini.  
 
Hadirin yang saya dihormati,  
 
     Pada hari ini saya ingin menarik perhatian rakan sekalian kepada suatu masalah yang kerap kali melibatkan golongan    muda termasuklah kita.Masalah yang saya maksudkan ialah masalah penagihan dadah.  
 
     Dalam surat khabar,setiap hari ada sahaja berita tentang anak-anak muda yang ditangkap sama ada kerana menjadi penagih atau mengedarkan dadah.Dadah sebenarnya racun kerana orang yang menagih dadah boleh mati jika terlalu banyak menagih dadah.  
 
     Sempena kempen Antidadah ini,marilah kita berjanji kepada    diri kita agar tidak sekali-kali cuba mendekati dadah atau terlibat dengan najis dadah.Ingatlah bahawa kita ialah golongan yang bakal memimpin masyarakat dan negara pada masa depan.  
 
     Akhir kata,semoga kita semua terhindar daripada gejala dadah dan menjadi rakyat yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun.  
 
Anak muda tiang negara,  
    Pemuda pula menjadi penyeri,  
Manfaatkan masa mudamu wahai wira,  
    Hidup yang sekali biarlah bererti.  
 
Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name