Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SEMPANA HARI KANAK-KANAK, by SESHMIITHHA A/P PRAKESH
Contoh Karangan UPSR
Name:SESHMIITHHA A/P PRAKESH
Title:SEMPANA HARI KANAK-KANAK
2014-02-06 00:02
Terima    kasih tuan pengerusi majlis.  
 
Yang Berusaha Tuan Guru Besar – Tn. Hj. Abd. Shukor b. Hj. Ujang.  
 
Yang Dihormati En. Nor Azman b. Amat Kalam – Yang Dipertua PIBG  
 
Yang Dihormati Barisan Pentadbir – SK. Bandar Tasik Kesuma      
 
Yang Disayangi Guru-guru    dan rakan-rakan semua.  
 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam I Malaysia.  
 
 
 
 
Sebelum kata bersusun bicara , terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi mewakili rakan-rakan    sempena dengan sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat SK. Bandar Tasik Kesuma pada hari ini.  
 
 
 
 
Rakan – rakan    yang dihormati,  
 
 
 
 
Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita – yang bergelar kanak-kanak. Berjuta kanak-kanak di dunia . Kita adalah diantara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini kita diraikan dan kita meraikan Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria , gembira dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk dunia yang berbeza , dengan seribu satu warna kehidupan dan cerita lara , kita adalah insan terpilih untuk mengecapi nikmati diberi di bumi Malaysia. Justeru ,    sewajarnya kita harus berbangga menjadi    warganegara Malaysia dan    kita seharusnya menjadi permata di bumi    nan permai ini.      
 
 
 
 
 
 
 
Guru-guru yang disayangi,  
 
 
 
 
Kami adalah    kanak-kanak    yang dahagakan ilmu pengetahuan , kemahiran    dan didikan . Kami sedar tanpa ilmu , kami akan ketinggalan    dalam perkembangan    dunia pada hari ini. Bimbinglah kami , ajarkan kami , sayangilah kami . Tanpa guru siapalah kami- anak-anak murid mu. Kami adalah cerminan     warna dunia pendidikan    pada hari ini untuk menjadi pewaris generasi masa depan .      
 
 
 
 
 
 
 
Rakan-rakan    sekalian ,  
 
 
 
 
Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa , penerus    tradisi budaya dan tunggak    kecemerlangan negara. Maka dengan itu,    marilah kawan-kawan , kita membuka tekad baru    untuk berazam menjadi kanak- kanak    dan pelajar yang lebih bertanggungjawab , berdisiplin dan    berdaya saing untuk maju dalam akademik dan mengharumkan jenama Kesuma Gemilang .      
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengajar dan membimbing kami . Gurulah ratu dihati kami.Tanpa guru , siapalah kami. Terima kasih daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.  
 
 
 
 
 
 
 
Akhir kata saya ucapkan  
 
 
 
 
 
 
“ Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak ”.
 

Submit a comment:

Name