Welcome!

Contoh Karangan UPSR: PERISTIMEWA YANG SAYA TIDAK DILUPAKAN , by SESHMIITHHA A/P PRAKESH
Contoh Karangan UPSR
Name:SESHMIITHHA A/P PRAKESH
Title:PERISTIMEWA YANG SAYA TIDAK DILUPAKAN
2014-02-06 00:00
Apabila saya ternampak luka di kaki saya, saya akan teringat satu peristiwa. Peristiwa itu ialah peristiwa yang tidak dapat saya    lupakan.  
 
 
 
 
 
Peristiwa itu berlaku semasa saya berusia lapan tahun. Pada hari itu, saya bermain bersendirian di padang permainan. Tiba-tiba, saya ternampak seekor anjing. Ia datang ke    arah saya. Saya pun naik ke tampat yang tinggi dengan beberapa biji batu. Saya baling batu itu ke arah anjing itu. Batu itu terkena tepat pada kepalanya.  
 
 
 
 
 
Saya berasa seronok apabila balingan saya terkena pada sasaran. Pada masa itu, emak dan bapa anjing itu datang. Saya pun terperanjat, saya pun terjun dari tempat tinggi itu lalu membuka langkah seribu. Saya berlari sekuat-kuat hati tetapi bapa anjing itu tetap mengejar saya.  
 
 
 
 
 
Semasa saya berlari, saya telah terjatuh. Bapa anjing itu telah menggigit saya. “Aduh, sakitnya!”aku menjerit sekuat-kuat hati tetapi anjing itu tidak melepaskan saya. Saya berasa sangat sakit lalu pengsan.  
 
 
 
 
 
Semasa saya membuka mata, saya ternampak baju saya berwarna putih, begitu juga warna bilik itu. Saya ternampak ibu bapa saya ada di sisi saya.  
 
 
 
 
 
Rupa-rupanya saya    berada di dalam hospital kerana digigit oleh anjing sehingga cedera parah. Seorang pemuda yang baik hati ternampak saya terbaring di atas jalan. Dia telah menghantar saya ke hospital lalu menghubungi ibu saya.  
 
 
 
 
 
Saya tinggal di hospital selama beberapa bulan    barulah    saya dibenarkan untuk keluar. Saya mahu berterima kasih kepada pemuda yang telah menyelamatkan aku.  
 
 
 
 
 
Sejak peristiwa hari itu, saya tidak nakal lagi. Itulah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.  

 

Submit a comment:

Name