Welcome!

Contoh Karangan UPSR: LAPORAN SUKAN TAHUNAN SJK[T]LADANG BUDU, by prathibavijayaa a/p jeyakantan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang prathibavijayaa a/p jeyakantan
Title:LAPORAN SUKAN TAHUNAN SJK[T]LADANG BUDU
2014-02-05 21:18
     Pada 22 oktober sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan di padang sekolah.Pada hari tersebut murid murid berkumpul di khemah masing masing yang diadakan di padang.  
      
     Sukan tahunan dimulakan dengan acara perarakan atlet atlet daripada semua kumpulan.Sukan tahunan dirasmikan oleh pengerusi PIBG sekolah.Selepas itu,Pengerusi PIBG sekolah memberi ucapan perasmian kepada guru guru dan murid murid sekolah.  
 
     Selepas itu,pengerusi majlis mengumumkan acara seterusnya.Kejohanan dimulakan dengan acara larian 100m,200m kepada murid murid tahap satu.Manakala tahap dua pula disusuli dengan acara lari berganti ganti.  
 
     Semasa rehat kami makan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah.Persembahan pancaragam dan silambam juga diadakan pada waktu rehat oleh Kelab Permainan.Selepas itu,acara disambung semula.  
 
     Pada masa penutup,pengerusi majlis mengumumkan pemenang.Par pemenang setiap pertandingan diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.  
 
     Acara sukan tamat pada jam 5.00 petang.Melalui sukan ini dapat mencungkil bakat bakat pemain baru di sekolah.Suasana di padang sungguh meriah.Kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira.  
 
Disediakan oleh,                                                     24 OKTOBER 2014  
................  
[Prathibavijayaa a/p jeyakantan]  
Setiausaha Kelab Olahraga  
SJK[T]LADANG BUDU
 

Tan Khai Yee, (2014-02-11 00:26)
BAIK
 
Submit a comment:

Name