Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah menyertai kem motivasi, by Santtya Laakshmy
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Santtya Laakshmy
Title:faedah menyertai kem motivasi
2014-02-02 21:25
 
 
Ibu bapa sering mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Terdapat sekolah yang menganjurkan kem motivasi kepada pelajar semasa cuti sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Setiap pelajar wajar mengikuti kem motivasi. Terdapat beberapa kebaikan jika pelajar mengikuti kem motivasi.  
 
 
Antara kebaikan mengikuti kem motivasi ialah pelajar akan mendapat semangat baru untuk belajar. Dalam setiap kem motivasi, pelajar akan dirangsang supaya mencapai kecemeriangan dalam pelajaran. Pelajar akan diberi kata-kata motivasi seperti 'Saya boleh!' dan 'Saya yang menentukan kejayaan saya!'. Pelajar juga akan diberikan kesedaran tentang kebaikan menjadi pelajar yang cemerlang dan tingginya harapan ibu bapa terhadap mereka.  
 
Selain itu, pelajar yang menyertai kem motivasi juga akan mengetahui teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul penting supaya pelajar dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang. Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang penggunaan dan pengurusan masa yang betul. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat jadual belajar dan mematuhi jadual tersebut.  
 
Kebaikan seterusnya mengikuti kem motivasi ialah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Nilai-nilai murni ini dapat dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai hormat-menghormati dan nilai kerajinan. Sesungguhnya dengan mengamalkan nilai kerajinan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran  
 
Di samping itu, pelajar juga akan mendapat kenalan baru apabila menyertai kem motivasi. Terdapat kem motivasi yang menggabungkan beberapa buah sekolah. Apabila mendapat kawan baru, mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Pelajar juga dapat bertukar-tukar soalan peperiksaan yang mereka miliki.  
 
Kebaikan lain menyertai kem motivasi ialah pelajar akan dapat menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Ramai pelajar cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti kurang berfaedah. Antara aktiviti yang kurang berfaedah bagi pelajar ialah melepak dan menonton banyak rancangan hiburan di televisyen. Oleh itu, pelajar disarankan mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar masa lapang tidak terbuang begitu sahaja.  
 
 

 

MEDAL, (2018-05-25 14:24)
OI MEDAL+
 
MEDAL, (2018-05-25 14:24)
OI MEDAL+
 
MEDAL, (2018-05-25 14:24)
OI MEDAL+
 
MEDAL, (2018-05-25 14:24)
OI MEDAL+
 
MEDAL, (2018-05-25 14:24)
OI MEDAL+
 
pudin, (2018-05-25 14:22)
pudin satu  

 
RAIF HARITH, (2018-05-25 14:20)
TERBAIK  
 
 

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name