Welcome!

Contoh Karangan UPSR: surat kirimanrasmi (tdk hadir ke sekolah), by maheswaran
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan maheswaran
Title:surat kirimanrasmi (tdk hadir ke sekolah)
2014-01-08 21:03
Maheswara a/l silvaraj,  
no,51 Taman Bunga Sejati,  
Jalan Kuala Sawah,  
71200 rantau,  
N.S.D.K  
_____________________________________________________________________________________  
 
Puan Emyliana binti Hamzah,  
Guru Kelas Tahun Enam Inovatif,  
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang,  
78300 Masjid Tanah,  
Melaka. 19 MAC 2012.  
 
Puan,  
 
Tidak Hadir ke Sekolah  
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.  
 
2. Saya Taufik bin Lahamid ialah salah seorang murid Tahun Enam Inovatif. Saya ingin memaklumkan kepada puan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tarikh saya tidak dapat hadir itu pada 19 dan 20 Mac 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa.  
 
3. Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada dua hari tersebut kerana demam. Saya mengalami demam kerana terkena hujan panas pada hari semalamnya sewaktu pergi membeli barang di kedai. Selepas saya pulang ke rumah, kepala saya pening dan badan saya berasa menggigil.  
 
4. Untuk pengetahuan puan, saya sudahpun dibawa oleh bapa saya ke klinik untuk mendapat rawatan daripada doktor. Beliau telah memberi saya ubat demam dan antibiotik. Doktor juga telah memberi saya surat cuti sakit selama dua hari iaitu pada hari yang saya tidak hadir ke sekolah itu.  
 
5. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat cuti sakit yang telah diberikan oleh doktor untuk rujukan dan tindakan pihak puan. Saya meminta maaf jika ketidakhadiran saya ke sekolah telah menimbulkan kesulitan kepada pihak puan. Saya berjanji akan hadir ke sekolah setelah tempoh cuti sakit saya habis. Saya juga akan menyiapkan semua kerja sekolah yang tidak dapat dibuat selama saya tempoh saya tidak hadir tersebut.  
 
Akhir kata, perhatian dan kerjasama pihak puan diucapkan terima kasih.  
 
Sekian.  
 
Yang benar,  
 
MAHES  
(Maheswaran a/l Slvaraj)  
Murid Tahun Enam Melur,  
SJKT RANTAU.  

 

Era, (2014-03-25 01:12)
Terbaik. .
 
Syadiana Adiba, (2014-03-09 03:32)
Mohd Izwan Bin Mohd Amin,  
Blok 17 Pintu 6,Kem PGA,  
Jalam Junjung,  
09000 Kulim,  
Kedah Darul Aman.  
 
 
Miss Lim Pey Syhan,  
Guru Kelas Tahun Satu Melati,  
SMK St.Anne's Convent,  
09000 Kulim,  
Kedah.8 MAC 2014.  
 
Puan,  
 
Tidak Hadir Ke Sekolah  
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.  
 
2.Saya Mohd Izwan Bin Mohd Amin waris kepada Syadiana Adiba Binti Mohd Izwan seorang murid satu melati.Saya ingin memaklumkan kepada puan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama sehari.Tarikh saya tidak hadir ke sekolah pada 9 MAC 2014 iaitu pada hari Ahad.  
 
3.Anak saya tidak hadir ke sekolah keraana pulang ke kampung untuk melawat datuknya sakit.  
 
4.Saya meminta maaf jika ketidak hadiran anak saya membawa kesulitan kepada pihak puan.  
 
Akhir kata,perhatian dan kerjasama pihak puan diucapkan terima kasih.  
 
Sekian,  
 
Yang Benar,  
 
(MOHD IZWAN BIN MOHD AMIN)  
Waris kepada murid ini,  
SMK ST.ANNE'S CONVENT.
 
farha razak, (2014-02-16 18:01)
karangan awak patut diperbaiki lagi  

 
Adelina Bahirah, (2014-01-12 17:00)
ini adlah antara karangan yg terbaik.
 
amalin , (2014-01-11 22:33)
good
 
Submit a comment:

Name