Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan-Hari Kanak-Kanak Memberi Makna Kepada Kami, by Mohd Hidayat Bin Mohd Izamuddin
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Mohd Hidayat Bin Mohd Izamuddin
Title:Ucapan-Hari Kanak-Kanak Memberi Makna Kepada Kami
2010-05-21 02:24

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru penolong kanan,guru-guru,dan rakan sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya berasa gembira kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang mulia ini.

     Hari ini,17 Oktober, memberi makna kepada kita.Hari ini masyarakat di seluruh dunia meraikan dan mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak.Tujuan diadakan majlis seperti ini adalah untuk memastikan pendidikan,perhatian,dan kasih sayang diberikan secukupnya kepada kanak-kanak.

Hadirin yang dikasihi,

     Kita beruntung tinggal di Malaysia.Sama ada kita kaya atau miskin yang hidupnya bagai wau putus tali,kita tetap diberi layanan yang saksama oleh pemerintah.Hal ini demikian kerana kita ialah generasi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

     Kita patut berasa bangga kerana guru-guru sekolah ini bertanggungjawab mendidik kita.Kita dianggap seperti anak-anak mereka yang inginkan perhatian kasih sayang.Sebab itu,kita wajar berterima kasih dan bersyukur menjadi warga sekolah ini.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

     Namun,sewaktu kita mengecapi kegembiraan,jangan lupa orang kiri dan kanan kita.Ada lagi anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang.Jika kita berkemampuan,hulurkan tangan membantu,kerana hidup ini bagai aur dengan tebing.

     Menerusi ucapan ini,sebelum melangakah ke alam remaja,kuatkan jati diri menghadapi cabaran.Elakkan berpendirian tidak tetap bagai pancang digoncang arus.Jika ada kekurangan,terimalah dengan hati terbuka,bukan asyik bersungut bagai keli kena ketuk.

     Sesungguhnya kami berasa gembira hari ini.Untuk mengakhiri ucapan ini,saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,

     Tinggi sungguh pohon sena,

                Dapat dipanjat si tubuh sasa,

     Hari Kanak-kanak amat bermakna,

                Tanda ingatan orang dewasa.

     Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name