Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga, by Kasih Nana
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Kasih Nana
Title:Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga
2013-11-18 00:52
Irham seorang kanak-kanak lelaki darjah enam yang suka bermain bola sepak namun tidak cemerlang di dalam pelajaran. Setiap kali peperiksaan,pasti dia akan dimarahi kerana keputusannya sangat teruk.  
 
                    "Irham,bilalah kamu mahu berubah dan berjaya?    Lagi sebulan sahaja kamu mahu menduduki UPSR! Kamu mahu menjadi anak yang tidak berguna? Sedarlah dari khayalan,abah mahu kamu gantung kasut bola kamu selagi belum UPSR,faham?!",Encik Azhar sungguh marah. Perasaan Irham sewaktu itu seperti kaca terhempas ke batu.  
      
                    "Irham,janganlah kamu ambil hati dengan abah. Tindakannya itu untuk menasihati kamu seperti ayam patuk anaknya",nasihat Puan Rina sambil menenangkan Irham yang turut bersedih. Saat itu,Irham beriltizam untuk berubah. Ya,dia mahu belajar dengan gigih.  
 
                    Tepat jam 2 petang,Irham terus pulang ke rumah tanpa singgah di padang bola sepak. Dia akan menturuti arahan ayahnya. Dia menunaikan kewajipan kepada Yang Esa dahulu sebelum mengulangkaji pelajaran. Dia bertekad,sebulan yang    masih berbaki akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merangkul kejayaan.  
 
                    Selepas makan malam, Irham akan menonton rancangan motivasi pelajaran. Kemudian,dia akan membaca nota yang diberikan oleh guru. Dia juga akan tidur awal untuk lebih fokus di sekolah keesokan harinya.  
                      
                 Lagi seminggu hendak UPSR,Irham seperti limau masak seulas. Guru-guru juga memuji perubahan Irham. Semua guru dan rakan-rakan mendoakan akan kejayaan Irham. Namun,Irham tidak seperti si buta mendapat tongkat. Dia sentiasa berkongsi ilmu yang dimilikinya. Pada hari berlangsungnya UPSR,Irham dapat menjawab semua soalan dengan lancar.  
 
                Dengan segala usaha dan semangat Irham,akhirnya 5A+ di dalam genggaman. Begitulah Irham,seperti belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga.  
 
                  
                    
 

Submit a comment:

Name